Ryverra Chocolate & Confectionary telah ditubuhkan pada 2008. Aktiviti utama perniagaan ini adalah pembuatan dan penghasilan produk coklat, candy, dan konfeksi. Kami juga memasarkan produk yang dihasilkan menerusi rangkaian kiosk di pasaraya-pasaraya terpilih melalui kiosk Strawchocz. Bagi berkongsi keenakan rahsia coklat serta kepakaran dan rahsia pembuatan coklat sebenar, RYVERRA telah menubuhkan Akademi RICH untuk memberi pendedahan mengenai dunia coklat.